Hari ni first day saya jadi agent Laksa Sarawak Paste Hj Manan untuk daerah Sungai Petani Kedah. Stock pun baru sampai...teruja rasanya nak start berniaga walaupun just secara kecil kecilan..hehe. Yang penting saya dapat berniaga dari rumah sambil monitor sendiri anak2 yang masih kecil yang semestinya perlukan penjagaan rapi dan perhatian yang lebih dari seorang ibu...
Sedikit tentang diri saya, saya berasal dari Sarawak tapi dah hampir 10 tahun menetap di semenanjung Malaysia. Lepas tamat belajar saya bekerja di KL dengan sebuah syarikat swasta. Lepas kahwin saya berpindah dan menetap di Johor sampai lah tahun lepas saya ikut suami pindah ke Sg petani. Ermm..jauh merantau ye tak? :-)
So, disebabkan tu lah saya bertekad nak memborong laksa paste brand Hj Manan ni sebab selalu je minta mummy kirimkan laksa paste ni dari Sarawak. Laksa Sarawak ni memang favorite kami sekeluarga terutamanya suami tercinta..memang dia suka sangat2 walaupun dia berasal dari Penang. Tiap kali masak dia lah orang yang paling berselera sekali menikmatinya. Hah, tu lah salah satu kunci kebahagiaan dalam perkahwinan. Alhamdulillah..Allah bagi sedikit bakat memasak untuk suami dan anak2 tercinta. At the same time senang nak supply pada pada kawan2 Sarawak di Sg Petani ni. Haaa...jangan tak tau na kat sini kami ada group komuniti Sabah Sarawak di Pusat Bimbingan Islam Sg Petani Kedah. Bab makan2 ni diaorang ni semua memang no1! :D
Ok, back to laksa sarawak punyer topic, dalam banyak2 produk laksa sarawak, laksa sarawak paste Haji Manan lah yang paling top dan mempunyai rasa yang sangat sedap lain dari yang lain (kalau compared to other brands lah).
Laksa Sarawak Paste Hj Manan ialah satu produk keluaran 100% syarikat bumiputera muslim yang dikilangkan di Kuching Sarawak dan disahkan HALAL. Mempunyai agent di serata Malaysia termasuk Sabah Sarawak dan Brunei Darussalam. Laksa Sarawak ini adalah makanan kebanggaan dan kegemaran warga Sarawak khususnya...amat jarang didapati dijual di restoran2 biasa di semenanjung..kecuali ada beberapa restoran seperti di Rain Forest Bistro di Sunway, dan di Johor Bahru. Itu yang saya tau lah memandangkan saya pernah makan kat tempat tu. Ermm...rasa laksa dia boleh la walaupun jauh out of originality. Tapi tu lah..lain tempat lain cara masak nyer..mungkin faktor rempah yang kurang umpphh dan juga mungkin disebabkan air tangan chef berbeza kot. Namun jika di Sarawak, dari hotel 5 bintang hingga ke gerai kaki lima amat senang didapati dengan harga yang sungguh berpatutan. Jika berkesempatan datang ke Sarawak jangan lupa try ye..memang sedap tak terkata!!! :-)
Tapi jangan risau, bagi warga semenanjung Malaysia yang ingin merasai rasa laksa sarawak yang ori, sedap dan sememangnya menyelerakan..ini lah penyelesaiannya..iaitu dengan memasak sendiri dengan laksa pes yang dihasilkan menggunakan rempah ratus yang berkhasiat, bermutu tinggi dan lazat sekali. Kelazatan kuah laksa sarawak terletak pada ramuan rempah ratus nyer. Sedap rempahnya, maka sedap lah hasilnya...
Bagi yang berada di Sg Petani dan seluruh negeri Kedah, saya menjual laksa paste secara direct based on order dan juga menawarkan penghantaran by post ke seluruh negeri di semenanjung Malaysia. Hubungi saya di talian 0194646501. Pn Debbie.

Wow..pinky blog u..hhee..btw all the best for ur bisnes!!
ReplyDeleteSweet pink..Fav kaler :-)
DeleteTq Darling...
Blog walking
ReplyDeleteDah tinggal URL @blog walking. Thx babe for the info...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak pernah lagi rasa laksa sarawak, btw naisss blog :) * blogwalking.
ReplyDeleteu shud try..Sedap :)
DeleteSlm perkenalan rindunya dgn laksa srwk..
ReplyDelete5 tahun duk srwk.. Laksa srwk dah jd mknn favourite..
Skrg blk smnnjung.. Rs rindu plak...
Yg blum cuba.. Mmg kena cuba😋😋
Slm perkenalan juga buat Kak Eila. Lama x update blog sejak bersalin n dlm pantang. alhamdullilah selamat melahirkan anak yg keempat 1/7/2015. Baby girl, Nur Aisyah Nasreen. Skrg senang nak dptkan laksa sarawak pes cuz dah ramai agent yg jual di semenanjung. Kalau akak berminat boleh hubungi saya di talian 0194646501..saya boleh poskan.
DeleteSaya ingin memaklumkan bahawa saya tidak lagi menggunakkan no lama 0133282467. Untuk tempahan sila hubungi saya ditalian 0194646501.Tq.
ReplyDeleteBrapa 1 pek kak
ReplyDeleteBrapa 1 pek kak
ReplyDelete